Sabtu, 12 Julai 2014

Talam Berlauk Mewah Lauk

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Malam tadi ada Iftar bersama rakan Medai (pelajar Nagoya Universiti).
Bersungguh-sungguh saya dan suami menyediakan menu iftar.
Antaranya kari ikan, sambal belacan dan ulaman, tauhu goreng sambal kicap dan pencuci mulut talam berlauk.

Kari ikan


Tauhu Goreng sambal kicap dan ulam sambal belacan

Talam berlauk baru masak

Saya tidak pernah makan talam berlauk ni..jadi macam biasa gunakan khidmat pakcik google...saya berkenan dengan resepi daripada olahan CheAnn Sumber Hazlin & ChefAsma. 
Jom kita intai apa bahan untuk talam berlauk yang juga saya olahkan ikut apa yang ada di stor dapur saya.

Bahan tepung

220 gm tepung gandum
2 tbs tepung Hoen Kwee (saya ganti tepung jagung)
130 gm tepung beras
150 gm gula (lepas ni jika nak repeat buat kena kurang 1/2)
2 tsp garam (saya rasa 1 ke 1 1/2 sudu besar lg lemak talam ni)
3 biji telur
500 ml santan pekat (seeloknya guna santan kotak so talam nampak putih cantik)
1  liter air

Inti Atas
400g daging cincang
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 ibu jari halia
3 sudu besar serbuk kari
1/2 cawan air
garam 
gula
perasa

Bahan taburan
Daun bawang
Bawang goreng
Cili padi

Cara penyediaan



Inti
  1. Tumis bawang putih, merah dan halia
  2. Masukan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air
  3. Setelah rempah garing masukkan daging cincang dang air
  4. masak sehingga kering







Tepung
  1. Kisar semua bahan dalam blender
  2. Tapis dan masak dalam kuali sehingga pekat
  3. Masukkan dalam loyang
  4. Taburkan inti dan sedikit bawang goreng, daun bawang dan cili padi
  5. Kukus 30 minit
  6. Biarkan sejuk baru potong


Setelah semalaman baru potongan nampak elok sikit
Terasa nak buat kole kacang pula tengok talam berlauk ni

Jumaat, 4 Julai 2014

Yukata Wa Totemo Kireidesu

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam sejahtera,

Selasa yang lepas saya telah belajar cara memakai yukata...pertama kali mencuba pakai pakaian ni...memang ada berangan nak pakai dan ada juga tanya dengan Keiko san, sensei (cikgu) yang ajar kami memasak hihihi

Yukata pakaian casual musim panas di Jepun

Sangat cantik yukata tersebut, rambang mata nak pilih semasa nak fitting hihihu

Akhirnya saya mencuba yukata berwarna biru gelap dengan bunga cerah.

Model Yukata

31 Julai 2014 nanti akan ada Summer Party anjuran kelab Lion. Jadi kami perlu menyediakan 1 juadah untuk party tersebut. Selain itu kami perlu melaram pakai yukata ini. Saya tak sabar dan sangat teruja untuk pakai yukata pada raya ke 3/4 nanti



Khamis, 3 Julai 2014

Sizzling mee dan Yee Mee Halus


Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Petang semalam menu berbuka kami adalah Sizzling mee dan yee mee

Asyik makan nasi jer...kita tukar mood masak secara simple

Mudah jer pon nak masak

Bahan-bahan
6 ulas Bawang putih ketuk/hiris
1-2 ibu jari halia size besar hiris atau ketuk
5-6 tangkai cili kering gunting 2/3
6-10 biji cendawan chitakei kering cuci dan rendam
1-2 dada ayam
2 sudu besar sos tiram
2-4 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar minyak bijan
2-3 sudu besar lada hitam ditumbuk 
 1/3 cawan bancuhan tepung jagung dlm 2/3 sudu besar campur sikit air
1-2 sudu besar minyak masak sikit
1/2@1 periuk air sederhana kecil rebusan sayur chap chow dan lobak & rendaman chitakei
Gula
Garam
Stok ayam

Bahan lain
Mee/yee mee
Lobak merah Sayur sawi chap chow hiris dan rebus kejap
Telur




Cara masak
1. Tumis bawang putih halia dan cili kering
2. Masukan ayam, cendawan chitakei, sos tiram kicap lada hitam dan minyak bijan 
3. Masukkan air rebusan sayur dan rendaman chitakei biar ayam masak 
4. Masukkan bancuhan tepung jagung
5. Setelah kuah sedikit pekat matikan api dan boleh dimasuk dalam periuk.


Sediakan sebelum buka dan keledek goreng di situ;)
Panaskan kuali sizzling masukkan kuah,mee sayur dan telur

Siap sedia untuk dimakan
Sizzling Yee Mee Halus




Selasa, 1 Julai 2014

Char Kueh Teow Jepun

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,


Saya sekeluarga memang peminat tegar char kueh teow..hihihi di Malaysia pernah goreng sendiri char kueh teow ni tapi tak jadi dan tak sesedap yang jual di pasar malam atau Char Kueh Teow depan Sek Men Sharifah Rodziah:(

Di Jepun ni tekak pon macam2 teragak nak makan itu ini... saya pon cuba la buat char kueh teow menggunakan mee ala2 kueh teow kering Jepun... Rasa masih tak capai lagi piawai sesedap Malaysia punya tapi boleh la daripada tak ada....



Di bawah adalah bahan-bahan asas yang saya gunakan

Bahan-Bahan
Mee ala2 kueh teow
Taugeh
Kucai
Telur
Udang
Cili kering kisar
Air
Minyak

Sos
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1sudu besar sos tiram,kicap
1 sudu besar soya/pekat,
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula..

Cara Penyediaan
Goreng udang sekejap, masuk cili
Masukkan mee dan sos goreng kejap masukan air kucai taugeh
Apa mengelegak masukkan telur dan kacau2 kejap tutup api


Mudah dan segera dapat dimakan

Anak saya tina paling suka makan first time saya buat dia makan sepinggan char kueh teow tu hihihi...asyik2 sebut sedap...yer la tak pedas char kueh teow tu memang bersungguh la tina makan.

4 Ramadhan 1435 di Umemorizaka Nagoya

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,



Alhamdulilah sudah puasa ke 4 hari ini...puasa yang penuh cabaran kerana perlu bangkit seawal jam 1:30pagi untuk buat apa yang patut kerana solat subur biasa sebelum pukul 3:00 pagi.

Manakala waktu berbuka kami di sini pada jam 7.10 petang ke atas.

Tahun ini sambutan bulan secara sederhana dari segi juadah tapi dilebihkan sikit pada program kerohanian seperti ODOJ-One Day One Juzuk, 

Selain itu tahun ini saya telah mendapat checklist Ramadhan daripada adik-adik manis kohai Group Liqo' Nagoya

Walau pun tak dapat penuh saya berazam nak bagi separuh tick kepada checklist ini.

Hari ini mencari blog mengaji untuk halwa telinga sambil menguruskan rumah dan urusan harian lain.

Blog di bawah ini alunan bacaan sheikh ini sederhana tapi memang membuatkan telinga ni santai mendengar bacaannya:)


http://surahalquran.blogspot.jp/2010/12/bacaan-al-quran-30-juzuk-oleh-sheikh.html

Sabtu, 28 Jun 2014

Kuih Lopes Mudah

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,


Hari ni nak kongsi resipi kuih  lopes mudah...lau bulan  puasa makcik saya rajin bagi sedap  pulak tu....kat Nagoya ni saya cuba buat sendiri lopes tu walaupun tak sesedap lopes makcik saya tu..

Bahan
3 cawan beras pulut rendam semalaman dengan sedikit air kapur & warna hijau
1/2 cawan air pandan
1 1/2  cawan santan 
1 sudu teh garam ikut rasa masin masing2


1/2 cawan kelapa kering
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan air

Cara-Cara
  1. Beras pulut dikukus 20 minit
  2. Kemudian masukkan air pandan, santan garam kukus lagi 20-30 minit
  3. Setelah itu mampatkan dalam aluminium foil seperti buat lemang dan masuk dalam plastik ikat rebus 60 minit.
  4. Setelah sejuk potong dan masukkan ke dalam kelapa kering yang telah dikukus sebentar dengan garam dan air

#Tips 
Jika ada daun pisang tidak perlu kukus pulut. terus masukkan beras pulut dalam daun pisang ikat dengan tali rapia dan rebus 4jam.

Bahan Kuah
2 buku gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1 1/2-2 cawan air
1/2 sudu teh garam
4 sudu teh kicap manis untuk hitamkan kuah
sedikit bancuhan tepung gandum/jagung untuk pekatkan kuah

Cara-cara
Masak gula melaka dan gula pasir dengan air garam
Tapis setelah gula cair
Masukkan kicap dan bancuhan tepung dan masak sehingga pekat


Mudah jer buat kuih ni cuba kena belajar lagi untuk dapatkan lopes yang padat dan kenyal macam kuih chang

Tengah berangan nak belajar buat kuih chang;)


Jumaat, 27 Jun 2014

Resipi Lokching dan sos manis pink


Misi menghabiskan stok ikan kecil sebab dah nak puasa minggu ni....

Pagi semalam buat lokching dan kepok lekor....


Bahan-bahan


1 bekas blender kecil ikan
1 sudu besar garam-agak2 nak masin mana
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh perisa
1/2 sudu teh lada sulah

300-400 gram tepung ubi
1/2 sudu besar baking powder
2-3 ketul ais hancur

Cara-cara 
  1. Semua bahan kisar kecuali tepung ubi
  2. Masukkan tepung ubi dengan ketulan ais hancur 
  3. Uli sebati dan buat doh bulat comel
  4. Rebus dalam air panas sehingga timbul
  5. Angkat dan masukkan dalam air berisi ais
  6. Setelah sejuk dan ditoskan cucuk pada lidi sate
  7. Bakar 






Sos manis pink

3 ulas bawang putih tumbuk/blender
3-4 sudu besar gula-agak2 nak manis mana ya
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perisa
1/2-1 cawan air
4 sudu besar bancuhan tepung ubi
sedikit warna merah
minyak sikit






Cara Masak
  1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan air dan bahan perasa
  3. Setelah menggelegak masukkan bancuhan tepung ubi dan biarkan pekat
  4. Setelah pekat matikan api
Sedap dimakan petang2 hihihi tapi dah tak sabar jadi makan sarapan.

Siapppp selamat mencuba:)

#Tips
  1. Masa nak gentel doh letak tepung kat tangan untuk mudah nak gentel yer:)

Boleh juga rujuk blog di bawah untuk rujukan