Sabtu, 12 Julai 2014

Talam Berlauk Mewah Lauk

Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Malam tadi ada Iftar bersama rakan Medai (pelajar Nagoya Universiti).
Bersungguh-sungguh saya dan suami menyediakan menu iftar.
Antaranya kari ikan, sambal belacan dan ulaman, tauhu goreng sambal kicap dan pencuci mulut talam berlauk.

Kari ikan


Tauhu Goreng sambal kicap dan ulam sambal belacan

Talam berlauk baru masak

Saya tidak pernah makan talam berlauk ni..jadi macam biasa gunakan khidmat pakcik google...saya berkenan dengan resepi daripada olahan CheAnn Sumber Hazlin & ChefAsma. 
Jom kita intai apa bahan untuk talam berlauk yang juga saya olahkan ikut apa yang ada di stor dapur saya.

Bahan tepung

220 gm tepung gandum
2 tbs tepung Hoen Kwee (saya ganti tepung jagung)
130 gm tepung beras
150 gm gula (lepas ni jika nak repeat buat kena kurang 1/2)
2 tsp garam (saya rasa 1 ke 1 1/2 sudu besar lg lemak talam ni)
3 biji telur
500 ml santan pekat (seeloknya guna santan kotak so talam nampak putih cantik)
1  liter air

Inti Atas
400g daging cincang
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 ibu jari halia
3 sudu besar serbuk kari
1/2 cawan air
garam 
gula
perasa

Bahan taburan
Daun bawang
Bawang goreng
Cili padi

Cara penyediaan



Inti
  1. Tumis bawang putih, merah dan halia
  2. Masukan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air
  3. Setelah rempah garing masukkan daging cincang dang air
  4. masak sehingga kering







Tepung
  1. Kisar semua bahan dalam blender
  2. Tapis dan masak dalam kuali sehingga pekat
  3. Masukkan dalam loyang
  4. Taburkan inti dan sedikit bawang goreng, daun bawang dan cili padi
  5. Kukus 30 minit
  6. Biarkan sejuk baru potong


Setelah semalaman baru potongan nampak elok sikit
Terasa nak buat kole kacang pula tengok talam berlauk ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan