Jumaat, 29 Mei 2015

Kek Carot Lembut dengan Krim Cheese Leleh



Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Semalam hari lahir en suami..terpikir nak buat kek..tapi en suami tak suka makan kuih muih manis. Kebetulan ada tadarus setiap Jumaat malam Sabtu. Saya hanya membuat separuh adunan sahaja. Gunakan resipi daripada blog aziejaya.

Saya suka rasa kek carot macam ni ada rasa lembut, kekacang walnut & kismis. Rasa makan kek Secret Recipe pulak.

Cuma saya tidak berjaya buat cream cheese frosting. Krim saya jadi cheese leleh gitu sebab terlebih bahan cair. 

Lepas ni jika teringin buat cheese kek akan gunakan resipi ni:)


Kek Karot Nana Ain
Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan
1 1/4 cawan minyak jagung (guna minyak bunga sahaja,tiada stok minyak jagung)
4 biji telur
120 gram gula castor
120 gram gula perang
100 gram walnut
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 cawan karot parut
1 cawan kismis

Cream Cheese:
120 gram gula
250 gram cream cheese
120 gram unsalted butter
Semua bahan dicampur dengan dipukul hingga kembang.

Cara cara
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak, kacau rata. 
2.Masukkan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam.
3. Masukkan karot, walnut dan kismis.
4. Tuangkan dalam acuan. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C
5. Sapukan cream cheese apabila telah sejuk. 


Krim Cheese Leleh


Kek yang dah siap bakar

Kek Sebelum Bakar



Selasa, 26 Mei 2015

Lepat Pisang


Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Hari ini tekak teragak nak makan lepat pisang...tetapi lepat pisang ni versi orang ada diabetes pulak hihihui.....kurang gula...sesuai untuk bento Tina ke sekolah pagi tadi.

Bahan
2 biji pisang size sederhana dilenyek
1 sudu santan pekat dalam tin
2/3 cawan air
5 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung beras
2 sudu kelapa kering
2 sudu kecil gula
1/3 sudu garam

Daun pisang dilayurkan

Cara membuat
Campurkan semua bahan dan buat seperti adunan cekodok pisang.
Masukkan kedalam dalam pisang 1-2 sudu besar.
Lipat daun pisang dan susun dalam periuk kukus.
Kukus selama 25minit atau sehingga masak.

Sebelum dikukus

Mudah sahaja buat lepat, jika di Malaysia kami beli sahaja.:)

Suami Tak Suka makan kuih manis-saya makan sorang tu huhuhu

Bento Tina



Kek Gula Hangus

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,



Lama dah tak update resipi di blog. Sibuk update pic bento Tina Chan& ayah dalam mukabuku sahaja.

Semalam buat bentou untuk tadarus ayah. Kek sarang semut tapi tak bersarang sangat sebab salah teknik tak pukul telur sehingga kembang hanya kacau rata sahaja.

Hari ni tengok balik youtube ada guna resipi sama macam resipi Masam Manis.

Bahan
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega cair
1/3 cawan susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonata
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur

Cara
Goreng gula sehingga coklat dengan api sederhana.
Setelah gula cair&coklat bukan hangus  ya, curah air panas dan kacau sehinnga larut. Matikan api dan sejukkan air gula pada suhu bilik.
Cairkan mentega dan biarkan pada suhu bilik.
Telur pada suhu bilik dipukul sehingga kembang bersama esen vanila
Setelah kembang masukkan susu pekat.
Kemudian masukkan mentega cair dan tepung gandum yang telah di ayak dengan soda bikarbonat.
Akhir sekali masukkan air gula kacau sebati.
Peram 3-5 jam kemudian bakar pada suhu 170 darjah selama 45minit. Pastikan oven telah dipanaskan dahulu selama 15 minit.






Isnin, 27 April 2015

Kuih Kole Kacang


Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Lama betul nak cuba buat kuih kole kacang ni, hari ni baru berhasil membuat tidak menggunakan banyak santan. Stok santan habis jadi gunakan serbuk santan sahaja.

Resipi
Tahi minyak
25g serbuk santan
1/2 cawan air
1 sudu minyak
Secubit garam

Masak sehingga keluar minyak.
Ambil tahi minyak dan biarkan minyak untuk masak adunan kuih kole nanti.

4 cawan air
1 cawan gula tebu/merah
2 sudu gula pasir
Daun pandan

Masak 1 cawan air bersama gula merah, gula pasir dan daun pandan.
Tapis air gula dan tambahkan baki 3 cawan air.

1 1/2 cawan tepung kacang hijau
1 sudu tepung beras
25g serbuk santan
Secubit garam

Satukan semua bahan di atas bersama air gula didalam kuali yang ada baki minyak daripada tahi minyak.
Masak sehingga berkilat dan adunan meletup.
Setelah siap masukkan dalam bekas yang telah di alas plastik dan disapu minyak.
Ratakan kuih kole dan taburkan tahi minyak di atas dan sejukkan.
Setelah sejuk boleh dipotong.





Ahad, 26 April 2015

Sepetang di Padang Toyoda


Assalamualaikum wrh wbrkt & Salam Sejahtera,

Perancangan mengejut meraikan keluarga Mysarah & Azerai yang akan pulang ke Malaysia tak lama lagi.

Keluarga warga Nagoya buat simple picnic dengan makanan Malaysia yang sedap. Anak-anak sangat teruja dan seronok dapat main bersama. Kami duduk berborak daripada jam 5:30 petang sehingga 6:30 petang. 

Sehingga berjumpa lagi Adam, Arissa & Almira. Tina mesti rindu nak main dan jalan sama.








Singgak Toki Outlet dulu main di Lego. Mak ayah ajak makan tengahari pun tak mahu selepas jam 1 baru mereka rasa lapar dan makan.








Nasi Kunyit

Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Hari ni bentou(bekal) anak & suami nasi kunyit.


Bahan Nasi Kunyit
2 1/2 cawan beras cuci & rendam 1/2 jam ada basmathi lagi sedap (sukatan air jika basmathi 1:1)
1/2 cawan susu cair
3 cawan air
1 helai daun pandan

Hirisan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 /3 ibu jari halia
Rempah lima 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
2/3 teh serbuk kunyit
2 sudu Minyak
1 sudu marjerin sebab saya tiada minyak sapi

Cara masak
  1. Panaskan minyak & marjerin.
  2. Tumis rempah, bawang,halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan daun pandan dan serbuk kunyit.
  4. Masukkan beras kacau rata dan masukan susu cair dan air.
  5. Setelah itu boleh masukkan dalam rice-cooker dan biarkan masak.
Salad
Timun
Lobak merah
Jagung
Garam
Gula
Jus lemon
  1. Hiris sayuran bentuk kiub.
  2. Campur gula, garam dan jus lemon dan simpan dalam peti ais.
Ayam Goreng Rempah
1/2 ayam kerat sederhana besar
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Daun kari
Minyak

Caranya:-
  1. Campurkan semua bahan dan biarkan seketika.
  2. Goreng daun kari dan masukkan ayam.
  3. Goreng sehingga masak.
Kari telur
3 biji telur yang telah direbus
Rempah tumis 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
Hiris
Bawang merah
Bawang putih
Halia
3 sudu Rempah kari
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 batang serai titik
1 hiris lengkus titik
daun kari
1/2 asam keping
2-3 sudu minyak untuk tumis
Garam
Gula

Caranya:-
  1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan, serai, lengkus dan daun kari dan bahan hirisan. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan pes kari setelah garing masukkan telur, susu cair & air
  3. Apabila kari semakin pekat masukkan perasa dan asam keping


Siap sedia untuk dimakan.:)



Jumaat, 24 April 2015

Tepung Gomak Umemoriso


Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Hari ni buat bubur kacang, tetiba teringin makan kuih tepung gomak. Stok tepung kacang hijau ada jer tak diusik. Hari ni kita kerjakan.

Bahan inti
1 cawan kacang hijau
2/3 cawan kelapa kering
1/2 ketul gula melaka
4 sudu gula
Sedikit garam
Air
Kicap manis sikit untuk bagi warna gelap

  1. Masak semua bahan sehingga lembut dan kering
  2. Bulatkan sebesar duit 20sen


Bahan doh
2 1/2 cawan tepung pulut
1 cawan air ikut kepada keadaan doh jika kurang tambah lagi air
Garam

  1. Bulatkan doh seperti buat kuih koci.
  2. Masukkan inti dan leperkan
  3. Rebus dalam air panas sehingga timbul.


Topping
Serbuk kacang hijau

  1. Masukkan kuih yang telah timbul dalam serbuk kacang hijau dan sedia untuk di makan.