Jumaat, 24 April 2015

Tepung Gomak Umemoriso


Assalamualaikum wrh wbrkt & salam sejahtera,

Hari ni buat bubur kacang, tetiba teringin makan kuih tepung gomak. Stok tepung kacang hijau ada jer tak diusik. Hari ni kita kerjakan.

Bahan inti
1 cawan kacang hijau
2/3 cawan kelapa kering
1/2 ketul gula melaka
4 sudu gula
Sedikit garam
Air
Kicap manis sikit untuk bagi warna gelap

  1. Masak semua bahan sehingga lembut dan kering
  2. Bulatkan sebesar duit 20sen


Bahan doh
2 1/2 cawan tepung pulut
1 cawan air ikut kepada keadaan doh jika kurang tambah lagi air
Garam

  1. Bulatkan doh seperti buat kuih koci.
  2. Masukkan inti dan leperkan
  3. Rebus dalam air panas sehingga timbul.


Topping
Serbuk kacang hijau

  1. Masukkan kuih yang telah timbul dalam serbuk kacang hijau dan sedia untuk di makan.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan